Ringankan bebanan

Ringankan bebanan

Oleh Yusrin Junaidi

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Okt – Nasib mangsa kebakaran di Kampung Pudak baru-baru ini mendapat perhatian daripada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) apabila sumbangan berjumlah $34,100 dihulurkan kepada 16 buah keluarga.

Sumbangan bagi meringankan beban mereka akibat bencana yang pertama kali berlaku di kampung itu disampaikan oleh Pengarah Urusan Yayasan, Haji Brahim bin Haji Ismail. Seramai 16 orang ketua keluarga menerima sumbangan antaranya Haji Ibrahim bin Ahmad, Awang Ajak bin Haji Ibrahim, Awang Mulyadi bin Haji Ibrahim, Pengiran Anne Fadhillah, Hajah Norsiah binti Ahmad, Awang Haji Ambran bin Haji Ossen, Awang Mohd Hariffin bin Haji Ambran, Haji Matali bin Haji Asan, Hajah Damit binti Mail, Awang Ardinan bin Haji Bidin, Awang Mohd Hamizul bin Haji Matali, Awang Mohd Arizal bin Haji Matali, Awang Azamee bin Buahman, Dayang Siti Tiawa binti Haji Lakat, Hajah Siti Armah binti Haji Metarsad dan Awang Haji Khairul Rizal bin Haji Damit.

Dalam majlis itu, Yayasan juga menghulurkan sumbangan dalam bentuk kupon bagi pembelian buku-buku dan peralatan sekolah keseluruhannya berjumlah $1,050 kepada 10 pelajar sekolah rendah dan menengah daripada ahli keluarga mangsa kebakaran berkenan.

pg01_151024_a

Haji Brahim menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran.
Haji Brahim menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran.

Salah seorang penerima, Haji Ambran mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan ke atas sumbangan yang diberikan yang menurutnya, boleh mengurangkan bebanan seharian seisi keluarga.

Kejadian kebakaran yang berlaku pada 20 Oktober lalu pada jam 3:30 petang meranapkan empat buah rumah menyebabkan 37 ahli keluarga tinggal sehelai sepinggang.

Kesemua mangsa bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dan tiada kemalangan jiwa berlaku.

ARTIKEL YANG SAMA