Ringgit dibuka lebih tinggi

Ringgit dibuka lebih tinggi

KUALA LUMPUR, 30 Dis – Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, disokong sentimen positif menerusi kenaikan harga minyak, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.2850/2900 berbanding 4.2900/2970 pada Selasa. Peniaga berkata, harga minyak meningkat pada Selasa menjelang data inventori yang memberangsangkan.

Berdasarkan laporan penanda aras global, minyak mentah Brent Crude naik AS$1.06 atau 2.9 peratus kepada AS$37.87 setong di New York Mercantile Exchange.

Ringgit juga lebih tinggi berbanding mata wang utama lain. Berbanding dolar Singapura, unit tempatan itu lebih tinggi kepada 3.0323/0380 daripada 3.0421/0488 kelmarin dan 6.3491/3586 daripada 6.3844/3957 daripada pound.

Berbanding euro, ringgit lebih tinggi kepada 4.6822/6881 daripada 4.7130/7211, manakala unit tempatan itu juga meningkat berbanding yen kepada 3.5551/5602 daripada 3.5631/5698. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA