Ringgit dijangka diniagakan 4.00-4.10 berbanding dolar AS minggu ini

Ringgit dijangka diniagakan 4.00-4.10 berbanding dolar AS minggu ini

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) – Ringgit dijangka diniagakan antara 4.00 dan 4.10 berbanding dolar AS minggu depan, didorong oleh prestasi di Bursa Malaysia.

Peniaga berkata ringgit dijangka mengukuh secara berperingkat dalam jangka sederhana dan kemungkinan beralih sementara di bawah paras 4.00 berbanding dolar AS jika dalam mana-mana aktiviti pasaran modal yang besar.

Sementara itu, Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank Datuk Dr. Nazri Khan Adam Khan berkata ringgit dijangka terus mengukuh minggu depan.

Lebih banyak aliran masuk dana asing dijangka membanjiri bursa tempatan pada minggu depan dan ini membawa kepada lebih banyak permintaan bagi mata wang tempatan, katanya kepada Bernama.

Bagi minggu baru berakhir, ringgit berada pada aliran lebih tinggi pada awal minggu ini dan berjaya melepasi di bawah paras 4.00 berbanding dolar AS, hampir pada paras tertinggi dalam tempoh tujuh bulan pada Rabu berikutan permintaan muncul dalam kalangan peserta institusi asing tetapi kenaikan terhad berikutan aktiviti pengambilan untung.

Ia ditutup pada 4.0330/0410 pada Jumaat berbanding dolar AS daripada 4.0500/0560 pada minggu sebelumnya.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9408/9477 daripada 2.9801/9865 pada Jumaat sebelumnya dan naik berbanding yen kepada 3.5697/5777 daripada 3.6395/4658.

Ia turut meningkat berbanding pound British kepada 5.6990/7124 daripada 5.8381/8475 sebelum ini, dan naik berbanding euro kepada 4.5020/5118 daripada 4.5611/5695.