Ringgit dijangka rendah minggu depan

Ringgit dijangka rendah minggu depan

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) – Ringgit dijangka diniagakan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan berikutan unjuran harga komoditi lebih rendah, kata peniaga.

Mengikut peniaga, penurunan harga minyak mentah global itu turut menjejaskan mata wang negara yang bergantung kepada komoditi seperti Malaysia.

Pada Rabu lalu, harga minyak mentah Brent yang juga penanda aras global, susut lebih tiga peratus yang menghampiri paras terendah dalam 11 tahun, selepas data menunjukkan peningkatan dalam bekalan minyak mentah AS.

Ini menyebabkan dolar AS diniagakan rendah dan turut mempengaruhi mata wang negara sedang pesat membangun lain, termasuk ringgit.

‘Unit tempatan itu berkemungkinan diniagakan rendah jika harga komoditi terus lemah,’ katanya. Laporan sebelum ini menyatakan harga minyak mentah Brent susut sebanyak AS$1.33 atau 3.5 peratus kepada AS$36.46 setong.

Dagangan dalam minggu yang singkat berikutan cuti umum, menyaksikan ringgit naik kepada 4.2900/2970 berbanding dolar AS daripada 4.3070/3136, pada Rabu.

ARTIKEL YANG SAMA