Ringgit dijangka stabil hingga akhir tahun

Ringgit dijangka stabil hingga akhir tahun

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) – Ringgit berkemungkinan berlegar sekitar RM4.20 dan RM4.30 berbanding dolar AS sehingga hujung tahun ini disebabkan ketiadaan penggerak pasaran, kata Affin Hwang Asset Management Bhd.

Pengarah Urusannya Teng Chee Wai berkata bagaimanapun, berdasarkan senario ekonomi semasa, ringgit sepatutnya berada pada paras RM3.80 dan RM3.90 berbanding dolar AS.

“Jika ringgit tidak mengalami kejatuhan seterusnya, ia akan dianggap sudah cukup baik. Jangan sebut pasal pemulihan buat masa ini. Banyak lagi cabaran lain yang dihadapi oleh ringgit, baik di dalam negara mahupun peringkat global.

“(Namun) secara peribadi saya rasa nilai ringgit pada RM4.20 dan RM4.30 adalah bawah nilai dan nampak seolah-olah terlebih jual,” katanya selepas taklimat media mengenai Unjuran Pasaran 2015 Suku Keempat, di sini hari ini. Beliau menjangka harga minyak kekal dalam jajaran sempit, diniagakan antara AS$45 dan AS$55 setong dalam jangka terdekat berikutan pengeluaran minyak negara-negara pengeluar kekal kukuh.

ARTIKEL YANG SAMA