Ringgit ditutup rendah

Ringgit ditutup rendah

KUALA LUMPUR, 18 Nov – Ringgit terus jatuh berbanding dolar AS hari ini berikutan kebimbangan yang memuncak akan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) bulan depan susulan pengumuman data ekonomi negara itu yang menggalakkan, kata seorang peniaga.

Pada 6 petang, unit tempatan diniagakan pada 4.4140/4190 berbanding dolar AS daripada 4.3900/3970 pada Khamis. Pada 10 pagi, ringgit susut dan mencecah paras 4.4030 berbanding dolar AS susulan kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan AS (Fed) Janet Yellen yang membayangkan kadar faedah mungkin dinaikkan tidak lama lagi.

Naib Presiden Penyelidikan Pasaran FXTM, Jameel Ahmad berkata, kemungkinan Fed menaikkan kadar faedah bulan depan mencapai paras hampir 90 peratus.

Beliau berkata Yellen menyatakan semalaman bahawa kadar faedah AS akan dinaikkan ‘tidak lama lagi’ dan para pelabur menerima berita itu sebagai rangsangan yang bank pusat tersebut akan menaikkannya pada Disember, yang mana telah menyokong sentimen belian bagi dolar.

Ringgit tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.0962/0008 daripada 3.0988/0063 pada Khamis dan susut berbanding pound British 5.4734/4813 daripada 5.4717/4857 pada Khamis. Unit tempatan meningkat berbanding yen kepada 3.9874/9948. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA