Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 29 April – Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS meskipun naik sebelumnya selepas beberapa pelabur meraih keuntungan mendahului hujung minggu yang panjang, kata para peniaga.

Pada pukul 5 petang, mata wang tempatan pada 3.9000/9070 berbanding dolar AS daripada 3.8940/9000 pada Khamis.

Sementara itu, berikutan keputusan Rizab Persekutuan AS (Fed) mengekalkan paras kadar faedah, dolar Amerika terus rendah berbanding mata wang utama lain.

Berikutan Bank of Japan tidak melaksanakan langkah-langkah rangsangan pada mesyuaratnya baru-baru ini, yen dijangka mencatatkan kenaikan mingguan paling tinggi sejak krisis kewangan 2008.Ringgit didagangkan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.

Mata wang tempatan rendah berbanding dolar Singapura kepada 2.9024/9083 daripada 2.8986/9039 pada Khamis dan turun berbanding yen kepada 3.6411/6487 daripada 3.6012/6078. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA