Ringgit ditutup tinggi berbanding Dolar AS

Ringgit ditutup tinggi berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan kebanyakan mata wang utama lain, didorong kenaikan harga minyak mentah, kata peniaga.

Pada 6 petang, unit tempatan itu disebut harga pada 4.0050/0100 berbanding dolar daripada 4.0260/0310 pada Jumaat lepas.

Minyak mentah Brent yang juga penanda aras global, naik 0.21 peratus kepada US$47.36 setong.

Menurut para peniaga, dolar Amerika lebih lemah berbanding kelompok mata wang lain berikutan penyusutan jualan runcit pada Julai lepas biarpun pasaran kerja negara maju itu mencatat peningkatan.

pg19_160816_a

“Susulan itu, jangkaan bahawa kadar faedah akan dinaikkan berkemungkinan berlaku dan akan hanya menjejaskan permintaan terhadap dolar Amerika berkenaan,” katanya.

Ringgit turut diniagakan tinggi berbanding dolar Singapura pada 2.9804/9847 berbanding 2.9898/9939 pada Jumaat lepas dan meningkat berbanding pound British kepada 5.1693/1781 daripada 5.2153/2230, sebelum ini.

Unit tempatan itu juga naik berbanding euro kepada 4.4712/4784 daripada 4.4882/4946 sebelum ini, namun susut berbanding yen kepada 3.9646/9707 daripada 3.9393/9454 pada Jumaat lepas. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA