Ringkas dan santai dari EFM

Oleh Zanyra Dawoud

 

SETENTUNYA tidak mudah untuk menzahirkan gaya elegan pada rekaan busana yang menampilkan gaya sporty namun ternyata Donrad Duncan berjaya merealisasikannya.

Kemahiran pereka yang menghasilkan busana untuk jenama EFM yang merupakan akronim kepada Engineered for Motion itu kelihatan semakin berkembang dan berjaya mengecapi keseimbangannya dalam menggabungkan gaya elegan tradisi bersama dengan bahan fabrik yang sering digunakan untuk menghasilkan pakaian sukan.

“Kami cuba untuk mengekspresikan konsep sporty dengan gaya elegan,” jelas pereka itu ketika berada di belakang pentas.

Dalam rekaan pada koleksi ini, beliau juga menggunakan material wool dalam pembuatan blazer dan seluar potongan slack.

Di samping itu, beliau juga turut menghasilkan beberapa gaya menarik seperti jaket bomber, seluar potongan tiga suku dan vest.

Menariknya pemilihan warna yang digunakan seperti biru, putih, kelabu, hitam dan hijau tua juga menjelaskan gaya ringkas dan elegan yang cuba ingin ditampilkan.

Penggunaan unsur-unsur grafik sepertu jacquard kamu-flage dan cetakan geometri juga turut menambah lagi daya tarikan pada rekaan yang digayakan.