Rio lebuh tirai

Rio lebuh tirai

RIO DE JANEIRO, 22 Ogos – Olimpik Rio melabuhkan tirainya dengan acara penutup yang berwarna-warni semalam ketika Tokyo mengambil baton yang menjanjikan bagi menghoskan Sukan terbaik pada tahun 2020.

Selepas acara selama dua minggu yang menggabungkan tarikan dengan drama kesukanan, ketua Olimpik, Thomas Bach memuji Sukan yang ‘luar biasa’ di bandar raya Brazil itu.

“Ini adalah Sukan Olimpik yang luar biasa di bandar yang menarik!”, kata Bach, ketika dia mengisytiharkan Sukan tersebut ditutup dan obor Olimpik dipadamkan.

“Sukan Olimpik ini meninggalkan legasi unik bagi generasi akan datang. Sejarah akan bercakap mengenai Rio de Janeiro sebelum ini dan Rio de Janeiro yang lebih baik selepas Sukan Olimpik.”

Hanya beberapa jam sebelumnya, skuad bola keranjang AS memenangi pingat emas terakhir dalam Sukan itu, meningkatkan kedudukan negara mereka di tangga teratas dalam kutipan pingat.

pg24_160822_olympic logo

Suasana semasa acara penutup Sukan Olimpik Rio yang penuh warna-warni di stadium Maracana, Rio de Janeiro. – AFP
Suasana semasa acara penutup Sukan Olimpik Rio yang penuh warna-warni di stadium Maracana, Rio de Janeiro. – AFP

Pada acara penututp itu, beribu peminat dan atlet mengenakan ponco pada malam yang basah dan berangin bagi pesta yang berwarna-warni budaya Brazil dan muzik dengan persembahan bunga api yang menarik.

Atlet-atlet melemparkan senyuman menarik di stadium Maracana berselfie ketika Sukan Musim Panas Rio selama 16 hari ditutup menjelang Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun. Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe membuat kameo komik seperti karakter permainan video Nintendo, Super Mario Tokyo menyediakan kedainya bagi 2020.

‘Kerajaan Jepun akan…bekerja keras jadi ia akan menjadi Olimpik terbaik,’ kata Abe ketika dia menemui pemenang–pemenang pingat Jepun sebelumnya. Ancaman keselamatan dan masalah logistik berlaku ketika Olimpik pertama Amerika Selatan, yang menentang sebarang kemerosotan politik dan krisis ekonomi Brazil. – AFP