Risau CDC dipindah

Risau CDC dipindah

Saya adalah salah seorang penjaga kepada anak istimewa yang kerap berurusan dengan Pusat Perkembangan Kanak-kanak (CDC), Kementerian Kesihatan.

Sejak berurusan dengan CDC beberapa tahun yang lalu, saya amat bersyukur kerana begitu selesa dan menyenangkan lebih-lebih lagi kedudukannya yang strategik di Simpang 253 Kiarong Jalan Pengiran Babu Raja, tiada masalah kesesakan lalu lintas serta kawasan letak kereta yang mencukupi tanpa sebarang bayaran.

Bagaimanapun, saya berasa bimbang dengan khabar-khabar bahawa CDC ini akan dipindah ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS). Saya dan rakan-rakan yang sering berurusan dan perlu ke CDC sedih kerana dengan perpindahan ke Hospital RIPAS, ia akan sangat-sangat menyusahkan kami dan anak-anak kami yang memerlukan rawatan di CDC.

Selain masalah letak kereta yang memerlukan bayaran tinggi kerana tempoh berurusan yang lama, anak-anak kami ini majoriti mempunyai masalah dan menggunakan perkhidmatan shuttle bus dari Jame ‘Asr juga merupakan satu masalah kepada mereka.

Di samping itu, masalah lain juga akan timbul kepada keadaan mental dan fizikal anak-anak istimewa ini. Dari itu, saya memohon agar cadangan perpindahan CDC ke Hospital RIPAS dikaji semula.
Saya berharap Menteri Kesihatan akan menerima rayuan saya dan rakan-rakan yang mempunyai anak-anak istimewa ini. Awang Marol, BSB

ARTIKEL YANG SAMA