Risikan FIFA juga dicemari rasuah

Risikan FIFA juga dicemari rasuah

ZURICH, 7 Ogos (Reuters) – Badan pentadbir bola sepak dunia FIFA yang dibelenggu skandal rasuah telah meminta bekas Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk mengetuai pasukan Petugas Khas pembaharuan badan itu, peguam Swiss memberitahu Reuters semalam.

“Saya telah dihubungi dan akan membuat keputusan minggu depan,” kata Carrard yang berusia 77 tahun dan menjadi Pengarah Urusan IOC dari 1989 hingga 2003, ketika FIFA cuba menangani skandal rasuahnya sendiri.

FIFA bulan lepas mengumumkan pembentukan pasukan petugas khas yang baru untuk melakukan pembaharuan. Ia akan terdiri daripada 10 ahli yang dinamakan oleh konfederasi serantau dan akan diketuai oleh seseorang dari luar sukan itu.

FIFA yang berpangkalan di Zurich telah dilanda krisis sejak Mei, apabila sembilan pegawai bola sepak dan lima eksekutif pemasaran didakwa oleh Jabatan Keadilan AS dalam satu dakwaan yang menggariskan rasuah besar-besaran, termasuk rasuah dan sogokan lebih daripada AS$150 juta dalam tempoh 24 tahun.

pg21_150808_c

Berikutan skandal tersebut, Presiden FIFA Sepp Blatter berusia 79 tahun berkata, dia akan berundur dari teraju badan itu pada Februari depan.

Carrard adalah peneraju IOC semasa krisis rasuah bernilai jutaan dolar dikesan dalam proses pembidaan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2002 yang dimenangi oleh Salt Lake City di Amerika Syarikat.

Setelah bertahun-tahun cara penganugerahan Olimpik itu diragui, akhirnya kes rasuah terbongkar selepas anggota IOC dari Switzerland Marc Hodler mendedahkan rasuah yang berleluasa di kalangan ahli-ahli lain.

Beberapa ahli telah menjual undi kepada Salt Lake City sebagai pertukaran untuk antara lain biasiswa kolej, yuran tuisyen, percutian ski dan rasuah wang tunai. Sepuluh ahli dipecat atau dipaksa meletak jawatan, manakala 10 yang lain telah didenda dalam apa yang disifatkan oleh presiden selepas itu, Juan Antonio Samaranch sebagai ‘saat paling buruk’ organisasi IOC.

ARTIKEL YANG SAMA