Risiko jangkitan Zika di Olimpik Rio sangat rendah

Risiko jangkitan Zika di Olimpik Rio sangat rendah

GENEVA, 15 Jun (AP) – Terdapat hanya risiko rendah bahawa Sukan Olimpik Rio de Janeiro akan meningkatkan tersebarnya virus Zika di seluruh dunia, menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) hari ini.

Selepas mengadakan mesyuarat bersama pakar Zika bebasnya, agensi kesihatan PBB mengesahkan nasihat mereka sebelum ini bahawa hanya wanita hamil sahaja perlu mengelakkan sukan Brazil yang bermula 5 hingga 21 Ogos itu, yang merupakan pusat penularan wabak itu.

Meletusnya penyebaran virus Zika diisytiharkan satu kecemasan global pada Februari. Wabak itu secara meluasnya disebarkan oleh nyamuk, namun dalam kes-kes yang jarang berlaku ia juga boleh berjangkit melalui hubungan seksual.

Dalam kebanyakan kes, Zika menyebabkan simptom-simptom ringan seperti demam dan ruam, tetapi ia juga bertanggungjawab bagi kelahiran cacat anak damit yang baru lahir yang boleh menyebabkan kematian atau lumpuh sementara.

Selepas beberapa orang luar membangkitkan kebimbangan mengenai sama ada sukan Rio perlu dipindah atau ditangguhkan kerana ancaman Zika, WHO berkata isu tersebut akan dipertimbangkan pada mesyuarat hari ini.

Kumpulan pakar mengakui perkumpulan besar seperti Olimpik boleh menyebabkan meningkatnya jangkitan namun menegaskan bahawa risiko individu dalam kawasan-kawasan jangkitan adalah sama sahaja, sama ada atau tidak perkumpulan besar diadakan.

Dr. Bruce Alywar, pengarah WHO bagi program kecemasan, berkata bahawa meningkatnya perjalanan ke Rio disebabkan Olimpik akan menjadi “sangat, sangat kecil.”

“Saya tidak melabur sama ada Sukan itu dijalankan di Brazil atau tidak. Maksud saya, ia akan elok jika ia diadakan: Saya berasa Sukan Olimpik adalah satu perkara yang baik, dan berasa dunia memerlukannya sekarang lebih berbanding sebelumnya,” ujar Aylward.

Pihak majlis mengeluarkan beberapa cadangan kepada pegawai-pegawai Brazil dan berkata pihak berkuasa perlu meningkatkan langkah-langkah kawalan nyamuk dan memastikan ketersediaan bekalan penghalau serangga dan pencegah kehamilan bagi para atlet dan pengunjung.”

ARTIKEL YANG SAMA