Rivaldo umum keluar dari persaraan

Rivaldo umum keluar dari persaraan

SAO PAULO, 26 Jun (Agensi) – Bekas bintang dunia, Rivaldo berkata, dia kini menamatkan persaraannya dan akan mula kembali berlatih bersama pasukan divisyen dua Liga Brazil, Mogi Mirim, yang mana dia menjadi presiden kelab itu.

Pemain perancang berusia 43 tahun itu membuat pengumuman berkenaan bersama kelabnya yang kini menduduki tangga ke-20 dalam saingan liga.

Rivaldo berkata, dia mungkin akan bermain ‘dalam beberapa aksi’ bergantung kepada tahap kecergasannya sepanjang sesi latihan.

Dia berharap ‘pengalamannya’ akan dapat membantu Mogi Mirim \ʼuntuk mengatasi rentak sukar’ yang dihadapi ketika ini.

Kelab Mogi Mirim hanya memperoleh tiga mata daripada lapan perlawanan dan kini menjadi satu-satunya pasukan yang tidak pernah menang dalam divisyen dua.

Rivaldo yang menjadi Pemain Tahunan Terbaik Dunia 1999, tidak bermain secara profesional sejak mengumumkan persaraan pada Mac 2014. Dia memainkan peranan penting untuk Brazil ketika pasukan itu memenangi Kejohanan Piala Dunia pada 2002.

ARTIKEL YANG SAMA