River, Barca bertemu pada Piala Dunia Kelab

River, Barca bertemu pada Piala Dunia Kelab

YOKOHAMA, Jepun, 9 Dis – Barcelona yang bersaing dalam Piala Dunia Kelab di Jepun boleh dikatakan sebagai pasukan paling dahsyat temasya ini sehingga muncul sebagai pasukan pilihan untuk menjulang trofi kejohanan buat kali ketiga.

Jika tiada sebarang kejutan, pasukan dari Argentina River Plate akan menunggu juara Eropah itu pada perlawanan akhir di Yokohama 20 Disember nanti.

Tetapi wajah ‘Los Millonarios’ berdepan satu tugasan yang hampir mustahil mengekang Lionel Messi, Neymar dan Luis Suarez, yang telah menyumbat 126 gol untuk Barca dalam tahun 2015 berbanding pesaing mereka dari Sepanyol, Real Madrid.

River mendarat di Jepun hari ini selepas melalui perjalanan 30 jam dengan beribu-ribu peminat berbaris di sepanjang jalan untuk mengucapkan selemat jalan kepada mereka di Buenos Aires.

“Cukup unik,” kata pemain tengah Carlos Sanchez. “Sungguh hebat melihat peminat begitu teruja. Ia benar-benar memberikan anda semangat. Kami mempunyai satu tanggungjawab yang besar,” kata Sanchez.

Piala-dunia-kelab

“Adalah satu impian untuk bermain menentang pasukan yang besar seperti Barcelona,” kata pemain tengah Matias Kranevitter, yang bersedia untuk menyertai Atletico Madrid Januari ini. “Saya sentiasa mengimpikan untuk memenangi pertandingan ini dengan jersi River Plate.”

Barcelona, ​​yang menjuarai Liga Juara-Juara, La Liga Sepanyol, Copa del Rey dan Piala Super Eropah tahun ini, perlu melalui separuh akhir menentang sama ada Club Amerika Mexico atau pasukan Luiz Felipe Scolari, Guangzhou Evergrande, yang juga juara Asia.

River Plate, juara Piala Libertadores Amerika Selatan, menghadapi sama ada pasukan Congo Mazembe – kejutan finalis lima tahun lalu – atau pemenang aksi pembukaan Khamis ini antara juara Liga-J yang baru, Sanfrecce Hiroshima dan Auckland City.

Barca telah memenangi Piala Dunia Kelab dua kali sejak format baru FIFA dilancarkan pada tahun 2000, dengan mengalahkan pasukan Argentina, Estudiantes 2-1 pada 2009 dan membelasah pasukan Brazil Santos 4-0 dua tahun kemudian.

Pasukan Eropah telah memenangi gelaran itu tujuh kali sejak 11 tahun pertandingan tersebut diadakan. – AFP