River Plate ke final Piala Dunia Kelab

River Plate ke final Piala Dunia Kelab

OSAKA, Jepun, 17 Dis – Juara Amerika Selatan, River Plate mengelak kekalahan memalukan selepas menewaskan kelab Jepun, Sanfrecce Hiroshima 1-0 pada pertembungan separuh akhir Piala Dunia Kelab, hari ini sekali gus mara ke final.

Penyerang, Lucas Alario meledak gol tunggal kemenangan buat pasukannya menerusi tandukan selepas perlawanan berlangsung 72 minit.

Kelab dari Argentina itu harus berterima kasih kepada penjaga golnya, Marcelo Barovero yang melakukan beberapa aksi menyelamat bagi menghalang rentetan cubaan berbahaya Sanfrecce Hiroshima.

Penyandang Piala Libertadores itu akan bertemu kelab Sepanyol, Barcelona bagi perlawanan final yang dijadualkan di Yokohama, Ahad ini.

Peluang terbaik Sanfrecce Hiroshima untuk menjaringkan gol muncul pada minit ke-26 perlawanan menerusi cubaan Yusuke Chajima namun berjaya diselamatkan Barovero. Gol River terhasil selepas penjaga gol Sanfrecce Hiroshima, Takuto Hayashi menampan bola sepakan percuma Tabare Viudez yang disambut mudah Alario menerusi tandukan ke gawang. – AFP

River Plate berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Dunia Kelab selepas menang tipis 1-0 menentang Sanfreece Hiroshima. – AFP
River Plate berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Dunia Kelab selepas menang tipis 1-0 menentang Sanfreece Hiroshima. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA