River tambat Tigres

River tambat Tigres

MONTERREY, Mexico, 30 Julai (AFP) – Pasukan Tigres dari Mexico yang berharap untuk mendapatkan kelebihan perlawanan pertama dalam persaingan Copa Libertadores dikecewakan oleh River Plate dalam perlawanan yang berkesudahan seri 0-0 semalam.

Tigres, yang berazam untuk menjadi pasukan pertama dari Mexico untuk memenangi perlawanan kelab bola sepak Amerika Selatan yang paling berpristej, bergelut untuk menembusi persembahan defensif pesaing mereka dari Argentina.

Penonton lebih 40,000 orang dalam kecewa selepas perlawanan kedua-dua pasukan gagal mencipta banyak peluang untuk menjaringkan gol.

River akan meninggalkan Mexico dengan yakin memenangi mahkota Libertadores ketiga mereka selepas 1986 dan 1996, apabila kedua-dua pasukan bertemu bagi perlawanan kedua di Buenos Aires Rabu depan.

Separuh masa pertama yang hambar menyaksikan Tigres mencipta peluang yang lebih baik, dengan pasukan Mexico hanya menggegarkan palang pada minit ke-18 apabila hantaran lintang Egidio Arevalo melantun dari tiang gol menerusi sepakan Leonel Vangioni.

Pemain River Plate Jonathan Maidana (kiri) bersaing dengan pemain Tigres, Rafael Sobis (kanan) dalam pusingan pertama Piala Libertadores di Stadium Universitario di Monterrey, Mexico semalam. – AFP
Pemain River Plate Jonathan Maidana (kiri) bersaing dengan pemain Tigres, Rafael Sobis (kanan) dalam pusingan pertama Piala Libertadores di Stadium Universitario di Monterrey, Mexico semalam. – AFP

Tigres sekali lagi mengancam beberapa detik kemudian apabila Jurgen Damm meluru ke kanan dan memberikan hantaran kepada Rafael Sobis. Midfield itu tidak mampu membuat tandukan terus menewaskan Marcelo Barovero.

Rembatan minit ke-20 adalah tumpuan pembukaan 45 minit dengan penjaga gol Tigres, Nahuel Guzman tidak perlu mengerah keringat menentang pasukan River yang dilihat berpuas hati untuk bertahan dan menunggu peluang melakukan serangan mengejut.

Satu–satunya ancaman dari River hadir pada pertengahan separuh masa pertama apabila Lucas Alario meledakkan rembatan ke dalam kotak penalti, menyaksikan Guzman berjaya menepis bahaya dengan menghadang bola dari kakinya.

Tempoh pembukaan perlawanan nampak hambar dengan Vangioni dan Gabriel Mercado masing-masing dilayangkan kad bagi River. Sobis juga diberi amaran kerana membantah tekal keras pemain pertahanan River, Jonatan Maidana.