Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM392.5 bilion

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM392.5 bilion

KUALA LUMPUR, 22 Sept – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM392.5 bilion (bersamaan dengan AS$97.7 bilion) pada 15 September 2016.

Dalam satu kenyataan hari ini, BNM berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan 1.2 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa ialah Rizab Mata Wang Asing (AS$89.7 bilion); kedudukan rizab Tabung Mata Wang Antarabangsa atau IMF (AS$0.8 bilion); hak pengeluaran pengeluaran khas (SDR) (AS$1.1 bilion); emas (ASS$1.5 bilion); dan aset rizab lain (AS$4.6 bilion).Jumlah asetnya pada RM411.166 bilion.

Aset bank pusat termasuk emas dan tukaran asing serta rizab lain termasuk SDR (RM392.490 bilion); kertas kerajaan Malaysia (RM1.643 bilion); deposit dengan institusi kewangan (RM1.510 bilion); pinjaman dan pendahuluan (RM7.605 bilion); tanah dan bangunan (RM2.114 bilion); serta aset lain (RM5.804 bilion).

Liabiliti pula merangkumi modal berbayar (RM100 juta); rizab (RM110.204 bilion); mata wang dalam edaran (RM92.118 bilion); deposit oleh institusi kewangan (RM165.513 bilion); deposit oleh Kerajaan Persekutuan (RM10.576 bilion); deposit lain (RM1.026 bilion); kertas Bank Negara (RM10.665 bilion); peruntukan SDR (RM7.522 bilion); dan liabiliti lain (RM13.443 bilion). – Bernama

Dalam satu kenyataan kelmarin, BNM berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan 1.2 kali hutang luar negeri jangka pendek. – Bernama
Dalam satu kenyataan kelmarin, BNM berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan 1.2 kali hutang luar negeri jangka pendek. – Bernama