Rizab antarabangsa BNM RM379.4 bilion

Rizab antarabangsa BNM RM379.4 bilion

KUALA LUMPUR, 24 Julai – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM379.4 bilion atau bersamaan AS$100.5 bilion, pada 15 Julai 2015.

Paras rizab itu memadai untuk membiayai 7.9 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek, demikian menurut bank pusat dalam satu kenyataan Khamis.

Komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (AS$92.0 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$0.8 bilion), Hak Pengeluaran Khas (AS$1.8 bilion), emas (AS$1.4 bilion) dan lain-lain aset rizab (AS$4.5 bilion). – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA