Rizab mata wang asing China berkurangan

Rizab mata wang asing China berkurangan

BEIJING, 7 Dis – Rizab mata wang asing China, terbesar di dunia, menurun sebanyak AS$87.2 bilion dalam November kepada AS$3.44 trilion, data pusat menunjukkan hari ini, terendah semenjak Februari 2013 dan kejatuhan bulan ketiga terbesar pernah direkodkan.

Penganalisis menyalahkan sebahagiannya besarnya ke atas pengukuhan dolar dalam November, yang mengurangkan nilai rizab bukan dolar, dan sebahagian besar ke atas langkah penjualan bank pusat China ke atas dolar bagi menyokong yuan. Yuan menurun 3 peratus setakat ini tahun ini dan masih lagi dalam tekanan ketika pelabur menjangkakan kadar faedah AS akan meningkat buat kali pertama dalam masa sedekad hujung bulan ini.

Kejatuhan dalam rizab mata wang asing merupakan yang terbesar semenjak satu rekod penurunan AS$93.9 bilion dalam Ogos. Rizab mata wang asing China sudah menurun dalam lima suku terakhir dan merekodkan kejatuhan dalam suku ketiga tahunan.

“Lonjakan dalam aliran keluar modal tampak dipacu oleh peningkatan jangkaan bagi penyusutan nilai renminbi (yuan),” kata Julian Evans-Pritchard di Capital Economics dalam satu nota. – Reuters

Pembeli-belah menaiki travelator di sebuah pasar raya di Beijing, China dalam gambar fail ini. Rizab sim-panan mata wang asing China menurun sebahagian besarnya kerana dolar yang mengukuh. - Reuters
Pembeli-belah menaiki travelator di sebuah pasar raya di Beijing, China dalam gambar fail ini. Rizab sim-panan mata wang asing China menurun sebahagian besarnya kerana dolar yang mengukuh. – Reuters