Rizqun raikan anak-anak yatim

Rizqun raikan anak-anak yatim

Oleh Mohamad Asyramisyanir

Gambar oleh Izah Azahari

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Jun – Kira-kira 56 orang anak yatim dari Sekolah-sekolah Ugama Brunei II A diraikan di majlis bersungkai bersama anak yatim anjuran The Rizqun International Hotel di Gadong.

Mengetuai barisan pemimpin sekolah-sekolah yang terlibat hari ini adalah Ketua Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam, Haji Shamsol bin Haji Omar serta 14 pemimpin-pemimpin dan warga JPI. Mengalu-alukan kehadiran rombongan hari ini adalah Pengarah Pentadbiran Abdul Razak Holding, Haji Suhaimei bin Haji Besar serta Pengarah ARH, Awang Matussin bin Haji Mahmud dan Pengarah Operasi ARH, Dayang Rashidah binti Hassan.

Majlis berbuka puasa hari ini diserikan dengan persembahan Tausyeh oleh kumpulan Al-Khalil dari Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Majidah Nurul Bolkiah Kilanas.

Pada majlis itu anak-anak yatim yang diraikan turut menerima sumbangan yang disampaikan oleh Dayang Rashidah.

Anak-anak yatim yang diraikan bergambar ramai.
Anak-anak yatim yang diraikan bergambar ramai.

ARTIKEL YANG SAMA