RM dibuka tinggi

RM dibuka tinggi

KUALA LUMPUR, 19 Jan – Ringgit meneruskan kenaikannya untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini apabila momentum belian terus kukuh untuk mata wang tempatan itu, kata peniaga.

Pada jam 9.05 pagi, mata wang tempatan itu didagangkan pada 4.3815/3875 berbanding 4.3930/3000 berbanding dolar AS semalam. Ringgit turut didagangkan lebih tinggi berbanding mata wang lain.

Ia didagangkan lebih baik berbanding dolar Singapura pada 3.0463/0524 berbanding 3.0528/0587 semalam dan naik sedikit berbanding yen kepada 3.7268/7339 berbanding 3.7425/7501 sebelumnya. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA