RM ditutup rendah berbanding AS$

RM ditutup rendah berbanding AS$

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Ringgit meneruskan penurunannya untuk ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila lebih ramai pelabur mengalihkan perhatian mereka kepada mata wang selamat, kata seorang peniaga.

Pada 6 petang, unit tempatan diniagakan pada 4.4400/4450 berban-ding dolar AS daripada 4.4170/4250 pada Selasa.

Seorang peniaga berkata kebanyakan mata wang Asia lemah berbanding dolar AS apabila data jualan semula rumah Amerika Syarikat yang lebih baik pada Oktober menyediakan sokongan tambahan kepada mata wang itu.

Para pelabur juga bimbang dengan penurunan harga minyak serta berasa ragu-ragu sama ada Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum akan bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran minyak mentah semasa mesyuarat peringkat menteri minggu depan. Unit tempatan diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.

Ringgit rendah berbanding dolar Singapura pada 3.1136/1175 daripada 3.1042/1103 pada Selasa tetapi mengukuh berbanding pound British kepada 5.4945/5011 daripada 5.5102/5220 sebelumnya. – Bernama