RM terima kesan daripada harga pasaran luar pesisir

RM terima kesan daripada harga pasaran luar pesisir

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Nilai ringgit dan turun naiknya menerima kesan daripada aktiviti dan harga dalam pasaran kontrak hadapan tanpa serahan (NDF) luar pesisir yang tidak semestinya mencerminkan asas-asas ekonomi dan aktiviti yang menyokong perdagangan dan pelaburan, menurut Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC).

FMC berkata, Bank Negara Malaysia mengehendaki bank-bank tempatan mematuhi peraturan sedia ada bagi menghalang pemudahan pasaran NDF ringgit luar pesisir selaras dengan dasar ringgit yang mantap.

“Langkah ini adalah untuk melindungi kepentingan sektor ekonomi benar dan pelabur yang benar-benar ingin melabur dalam pasaran kewangan Malaysia daripada sebarang turun naik ringgit yang tidak diingini,” menurut FMC dalam kenyataan di sini, hari ini. – Bernama