RM200,000 lesap ATM dipecah

RM200,000 lesap ATM dipecah

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) – Sekumpulan penjenayah melarikan wang tunai kira-kira RM200,000 selepas memecah dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah pasar raya besar di Ampang awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, kumpulan itu dipercayai menggunakan gas oxy-acetylene untuk memecahkan mesin ATM milik dua bank berlainan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Hamzah Alias berkata suspek masuk ke premis berkenaan melalui tandas yang terletak berhampiran mesin itu.

Dua mesin juruwang automatik (ATM) milik dua bank berlainan di sebuah pasar raya besar di Ampang dipecah menggunakan Gas Oxy-Acetylene dalam satu rompakan berkumpulan awal pagi kelmarin. – Bernama
Dua mesin juruwang automatik (ATM) milik dua bank berlainan di sebuah pasar raya besar di Ampang dipecah menggunakan Gas Oxy-Acetylene dalam satu rompakan berkumpulan awal pagi kelmarin. – Bernama

“Mereka memecahkan dinding di dalam tandas berkenaan untuk masuk ke pasar raya dan memecahkan dua mesin ATM sebelum melarikan diri,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Beliau berkata polis percaya kejadian itu dilakukan lebih daripada dua orang suspek.

“Kami akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pasar raya ini untuk memburu kesemua suspek,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA