RM60,000 baiki masjid di Mukah

RM60,000 baiki masjid di Mukah

MUKAH, 22 April – Kerajaan memperuntukkan RM60,000 untuk membaiki pulih Masjid Setia Raja di sini.

Peruntukan dana tersebut diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa mengadakan lawatan ke masjid itu di sini, hari ini.

Pengerusi jawatankuasa masjid itu, Ali Suhaili berkata peruntukan itu adalah bagi tujuan penyelenggara dan baik pulih kerosakan yang dialami masjid berkenaan.

“Bagi pihak jawatankuasa masjid saya merakamkan setinggi penghargaan kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas kelulusan bantuan untuk membaiki masjid ini,” katanya ketika berucap mengalu-alukan ketibaan Ahmad Zahid di sini.

Ahmad Zahid turut menunaikan solat fardu Jumaat di masjid itu dalam rangka lawatan kerja sehari ke daerah Sibu. – Bernama