Robben tidak diturunkan ketika menentang Arsenal

Robben tidak diturunkan ketika menentang Arsenal

BERLIN, 19 Okt – Pemain sayap Bayern Munich Arjen Robben tidak dimainkan apabila pasukan tersebut menentang Arsenal di Liga Juara-Juara esok selepas gagal dalam ujian kecergasan menjelang perlawanan itu berikutan pemulihannya dari kecederaan, juara Jerman itu berkata kelmarin.

Pemain Belanda itu mengalami kecederaan pada kelayakan Euro 2016 menentang Iceland bulan lepas, yang berharap untuk kembali semula di London.

“Bagi Robben kunjungan ini terlalu awal,” Bayern, yang sudah berlepas pada petang kelmarin bagi mengelakkan kesesakan di ibu negara Britain itu berkata dalam satu kenyataan.

Rakan sepejuang Kingsley Coman, bagaimanapun dimainkan walaupun pemain Perancis itu tidak dimainkan pada perlawanan Sabtu lepas menentang Werder Bremen 1-0 selepas mengalami kecederaan ketika bermain bagi pihak pasukan Perancis Bawah 21 tahun minggu lepas.

Bayern menerajui Kumpulan F dengan mata maksimum enam mata sementara Arsenal berada di tempat tercorot sekali selepas dua kekalahan. – Reuters