Roberto Carlos kembali beraksi

Roberto Carlos kembali beraksi

NEW DELHI, 10 Julai (AFP) – Legenda bola sepak Brazil Roberto Carlos akan kembali bermain selepas menandatangani kontrak bersama sebuah kelab Liga Super India (ISL), di sini, selaku pengurus dan pemain, tiga tahun selepas meninggalkan kerjayanya itu.

Pemenang Piala Dunia itu mengikat kontrak bersama Delhi Dynamos di sini, semalam, beberapa hari selepas bersetuju untuk mengendalikan kelab berkenaan dalam saingan ISL bagi tempoh 10 minggu.

“Saya akan bermain,” kata bekas pemain Brazil dan Real Madrid selaku benteng dalam pengumuman mengejutkan di sini yang dipenuhi dengan wakil media.

“Saya berharap dengan pelantikan ini sebagai peluang untuk memperkenalkan teknik baharu kepada pemain, selain mengasah kemahiran mereka,” kata pemain berusia 42 tahun itu yang terkenal bersama pasukan Brazil kerana kemampuan melakukan tendangan bebas berbahaya.

Carlos, 42, menggantikan jurulatih Belanda, Harm van Veldhoven sebagai pengurus pasukan Delhi Dynamos yang menduduki tangga kelima pada saingan musim lalu.

Roberto Carlos bergambar bersama logo Delhi Dynamos pada sidang media di New Delhi, semalam. - AFP
Roberto Carlos bergambar bersama logo Delhi Dynamos pada sidang media di New Delhi, semalam. – AFP

Bermula 3 Oktober, lapan pasukan di akan mengambil bahagian dalam kejohanan itu. Dia adalah nama besar kedua dari Brazil mengendalikan kelab dengan legenda Zico menerajui FC Goa.

Bekas penyerang kontroversi Perancis Nicolas Anelka akan mengurus dan bermain lagi tahun ini untuk Mumbai City FC dan bekas midfield England David Platt akan menguruskan Pune City.

Populariti bola sepak telah berkembang di negara ini dan ISL yang menarik puluhan ribu penyokong dalam tahun pertama untuk menyaksikan bintang hebat seperti Anelka dan bekas pemain terbaik dunia Alessandro Del Piero yang menyertai Delhi tahun lepas.

ARTIKEL YANG SAMA