Roberto De Zerbi jurulatih baru Palermo

Roberto De Zerbi jurulatih baru Palermo

PALERMO, Itali, 7 Sept – Palermo melantik Roberto De Zerbi sebagai jurulatih baru apabila Davide Ballardini meletak jawatan selepas mengharungi dua perlawanan pada kempen Serie A musim ini.

Aksi pertama De Zerbi, 37 ialah di laman sendiri menentang Napoli, Sabtu ini. De Zerbi sebelum ini melatih kelab Foggia sejak dua musim lalu namun meletakkan jawatan dengan kelab divisyen tiga itu bulan lalu kerana tidak sependapat.

Dia sebelum ini membimbing Foggia untuk menjuarai Piala Itali Lega Pro dan hampir melangkah ke saingan Serie B namun tewas kepada Pisa dalam penentuan play-off.

Ballardini pula menyelamatkan Palermo daripada penyingkiran Mei lalu selepas dilantik buat kali kedua pada musim di mana sembilan pertukaran membabitkan jurulatih dibuat. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA