Robin Sederling umum persaraan

Robin Sederling umum persaraan

STOCKHOLM, 24 Dis (Agensi) – Finalis dua kali Terbuka Perancis, Robin Soderling bersara pada usia 31 tahun akibat masalah kesihatan.

Pemain Sweden yang mempunyai pukulan servis kencang itu, dan pernah menamatkan deretan 31 kemenangan Rafael Nadal di Terbuka Perancis 2009, belum pulih sepenuhnya daripada demam kelenjar yang dialaminya pada tahun 2011 – kali terakhir dia bermain secara kompetitif.

Soderling yang ranking terbaiknya ialah di kedudukan keempat dunia dan mencatat nisbah kemenangan 310-170, mara ke final di Roland Garros pada tahun 2009 dan 2010 dan pernah berharap dapat kembali beraksi tahun depan. “Saya ingin memaklumkan yang saya memutuskan untuk menamatkan karier saya sebagai pemain tenis profesional.

Robin Soderling (kanan) yang pernah mengejutkan dunia tenis apabila menewaskan Rafael Nadal di kejohanan Terbuka Perancis 2009. – Reuters
Robin Soderling (kanan) yang pernah mengejutkan dunia tenis apabila menewaskan Rafael Nadal di kejohanan Terbuka Perancis 2009. – Reuters

“Dengan penyakit yang saya alami, sukar untuk saya berlatih 100 peratus dan saya terpaksa berehat selepas setiap aktiviti fizikal. Kadang kala saya terlalu lemah hingga terlantar di atas katil.

“Saya sedar yang saya tidak akan kembali cergas sepenuhnya untuk beraksi pada tahap yang saya mahukan. Untuk itu saya terpaksa membuat keputusan bersara daripada karier tenis profesional,” kata Soderling yang mengumpul 10 gelaran perseorangan sepanjang kariernya.

ARTIKEL YANG SAMA