Robot DRC-Hubo dinobatkan juara

Robot DRC-Hubo dinobatkan juara

POMONA, Amerika Syarikat, 7 Jun (AFP) – Pakar dari Korea Selatan membawa pulang hadiah utama bernilai AS$2 juta semalam selepas robot ciptaan mereka memenangi pertandingan dalam cabaran respons bencana yang diinspirasikan oleh kecairan nuklear Fukushima di Jepun pada 2011.

Pasukan KAIST dan robot DRC-Hubo milik mereka mendapatkan kejayaan itu dengan mendahului pasukan IHMC Robotic dan Tartan Rescue, keduanya dari Amerika Syarikat, dalam DARPA Robotic Challenge (DRC) selepas pertandingan selama dua hari di California.

Pasukan tempat kedua memenangi AS$1 juta dan AS$500,000, dalam persaingan yang melibatkan lebih 20 pencabar. Tetapi ia lebih dari hanya wang, dengan pasukan-pasukan juga memenangi kejayaan selepas pertandingan tiga tahun yang dianjurkan oleh Agensi Projek Penyelidikan Pertahanan Lanjutan (DARPA), yang menyelia kemajuan penyelidikan bagi Jabatan Pertahanan AS.

Dalam tempoh dua hari, setiap robot mempunyai dua peluang untuk bersaing melalui halangan yang terdiri dari lapan tugasan, termasuk pemanduan, melalui pintu, membuka injap, menumbuk dinding dan berdepan dengan serpihan dan tangga.

Robot ‘DRC-Hubo’ yang dibangunkan Pasukan KAIST dari Korea Selatan berjaya melaksanakan tugas sekali gus dinobatkan juara pada pertandingan di Pomona, California pada 7 Jun 2015. – AFP
Robot ‘DRC-Hubo’ yang dibangunkan Pasukan KAIST dari Korea Selatan berjaya melaksanakan tugas sekali gus dinobatkan juara pada pertandingan di Pomona, California pada 7 Jun 2015. – AFP

Cabaran yang mereka hadapi di Pomona, ke timur Los Angeles, direka khas terutamanya dengan Fukushima dan dihasratkan untuk meniru keadaan yang sama kepada bencana di loji nuklear itu.

Pada keseluruhannya, 24 robot bentuk manusia dan pasukan mereka- -12 dari AS, lima dari Jepun, tiga dari Korea Selatan, dua dari Jerman dan satu masing –masing dari Itali dan Hong Kong — menang dengan kemaraan ke final. Tetapi ia adalah versi terbaru Pasukan KAIST bagi HUBO — Humanoid Robot” — yang muncul menjadi juara, mengetepikan pesaingnya dari Amerika Syarikat untuk menerima bayaran AS$2 juta.

Ketiga-tiganya mencatatkan lapan mata tetapi HUBO adalah enam minit di depan Running Man (Atlas) dari IHMC Robotic dan lebih 10 minit lebih laju berbanding Tartan Rescue’s CHIMP.

ARTIKEL YANG SAMA