Robot jelajah seluruh AS

Robot jelajah seluruh AS

BOSTON, 26 Julai (Agensi) – Perjalanan sebuah robot penumpang (hitchhiking) ke seluruh Amerika Syarikat bermula dengan perlahan.

Robot yang diberi nama hitchBOT itu menaiki kenderaan pertamanya di Marblehead, Massachusetts, minggu lepas, yang dalam perjalanan ke San Francisco, namun masih belum meninggalkan negeri tersebut.

Sebaliknya, ia telah muncul sekitar kawasan Boston dan secara ringkas dibawa ke laut. Pada hari Jumaat, robot humanoid itu dijangka menghadiri perlawanan besbol Red Sox.

Robot tersebut tidak bergerak dan mengharapkan orang yang tidak dikenali untuk mengangkutnya dari satu tempat ke tempat yang lain. Robot tersebut mendokumenkan perjalanannya melalui media sosial.

Robot hitchBOT sedang mengikuti sebuah kenderaan untuk ke destinasi seterusnya. - Reuters
Robot hitchBOT sedang mengikuti sebuah kenderaan untuk ke destinasi seterusnya. – Reuters

Sebelumnya, hitchBOT mengambil masa 26 hari untuk melakukan penjelajahan seluruh Kanada. Penciptanya berkata ia memulakan perjalanannya secara perlahan di sana, kemudian dengan cepat sahaja menjelajah seluruh negara itu.

ARTIKEL YANG SAMA