Robot menari catat rekod

Robot menari catat rekod

QINGDAO, 31 Julai – Sejumlah 1,007 robot menarik selama seminit di timur Wilayah Shandang, yang mencipta rekod baru dunia Guinness World bagi tarian serentak robot terbesar.

Kira-kira 3 petang semalam, 1,040 robot, setiapnya berukuran 43.8 meter tinggi, memulakan tarian serentak mereka di Daerah Hungdao, Bandar Qingdao, dan 1007 darinya menyelesaikan cabaran.

Ia mengatasi rekod Guinness sebelumnya yang dicipta ketika tarian beramai-ramai 540 robot pada Februari lalu di bandar selatan China, Shenzhen, kata Wu Xiaohong, notari Rekod Dunia Guinness.

Wu berkata robot-robot itu yang terjatuh atau berhenti sebelum seminit berakhir tidak dihitung dalam keputusan itu.

Robot pintar menari di tempat utama pada satu festival di Qingdao, Wilayah Shandong, China pada 30 Julai. – Xinhua
Robot pintar menari di tempat utama pada satu festival di Qingdao, Wilayah Shandong, China pada 30 Julai. – Xinhua

Quan Jinyou, Ketua Pegawai Teknologi Ever-Win Company Ltd di Qingdao, yang mengeluarkan robot itu, berkata cabaran terbesar bagi robot kawalan jauh ialah gangguan gelombang seperti dari telefon bimbit atau peranti Bluetooth.

Menurutnya teknologi pengekodan syarikat mengelak gangguan ini. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA