Robot Pepper kini di pasaran

Robot Pepper kini di pasaran

TOKYO, 21 Jun (AFP) – Softbank Jepun baru-baru ini berkata bahawa robot berbentuk manusia Pepper telah berada di pasaran, apabila mengumumkan perjanjian dengan laman web e-perniagaan terbesar China Alibaba dan syarikat pembuatan Taiwan untuk mengerjakan bahagian teknologinya.

Persetujuan itu datang apabila media tempatan berkata Ali baba cuba untuk menarik pelanggan China terhadap robot berkenaan, yang juga telah digunakan untuk menjual coffee dan menyambut pelanggan di bank Jepun.

Mempunyai ketinggian 120 cm (empat kaki), robot tersebut dilengkapkan dengan wajah seakan manusia dan badan plastik berwarna putih, dengan penggelek dan kelihatan seperti komputer tablet pada bahagian dadanya.

Dilancarkan tahun lepas, Pepper yang penciptanya mengatakan boleh membaca emosi manusia menjual telefon bimbit di kedai SoftBank, di mana ia digunakan untuk mengumpulkan cadangan pelanggan.

Robot Pepper yang berbentuk seakan manusia yang kini berada di pasaran.
Robot Pepper yang berbentuk seakan manusia yang kini berada di pasaran.

Jurutera mendakwa kepintaran buatan (AI) robot berkenaan boleh memahami sebahagian besar perbualan bahasa Jepun dan akan mempertingkatkan kebolehan bahasanya berdasarkan pendengaran dari perbualan pelanggan.

Pepper kini dijual di robot-crazy Japan dengan harga 198,000 yen (AS$1,600).

Softbank mengeluarkan beberapa butiran mengenai perjanjian dengan Taiwan Foxconn dan Ali baba yang mana ia memiliki satu per tiga saham dan menambah kedua-dua akan melabur unit robot tersebut dengan mengambil 20 peratus saham yang berjumlah $237 juta.

ARTIKEL YANG SAMA