Robot sebesar lipas dicipta

Robot sebesar lipas dicipta

MIAMI, 9 Feb – Diinspirasikan daripada lipas-lipas yang boleh menyelinap melalui mana-mana ruang kecil, saintis AS telah mereka sebuah robot kecil yang satu hari nanti boleh membantu mengesan orang yang tertimbus di bawah runtuhan akibat gempa bumi, puting beliung atau letupan.

Teknologi dari Universiti California, Berkeley itu telah diperkenal kelmarin dalam satu Prosiding Sains Akademi Kebangsaan.

“Apa yang mengagumkan mengenai lipas-lipas ini adalah ia dapat berlari sepantas melalui jurang suku inci ke jurang setengah inci, dengan mengorientasikan kakinya sepenuhnya ke luar,” kata ketua penyelidik Kaushik Jayaram, yang sekarang ini rakan-rakan pasca kedoktoran di Universiti Harvard.

“Ia kira-kira setengah inci tinggi apabila ia berlari, namun berupaya mengecilkan badannya kepada ketinggian satu persepuluh inci, ketinggian dua syiling apabila disusun.”

Robot sebesar tapak tangan itu, dikenali sebagai CRAM – diliputi dengan perisai plastik, seakan seperti sayap di belakang badan lipas.

Robot sebesar lipas kini dicipta bagi tujuan mengesan mangsa yang tertimbus dalam runtuhan. – Reuters
Robot sebesar lipas kini dicipta bagi tujuan mengesan mangsa yang tertimbus dalam runtuhan. – Reuters

“Dalam kejadian gempa bumi, pasukan tindak balas pertama perlu mengetahui jika kawasan runtuhan itu stabil dan selamat, namun cabarannya ialah, kebanyakan robot tidak berupaya untuk memasuki runtuhan,” ujar Robert Full, seorang profesor integratif biologi di UC Berkeley.

“Namun jika terdapat banyak retakan, ruang udara dan saluran, anda boleh membayangkan robot ini boleh digunakan untuk mengesan mangsa-mangsa terselamat dan laluan selamat bagi para pasukan tindak balas.”

Para penyelidik berkata robot mereka tidak mahal untuk dibuat, dan mereka sedang mengusahakan bagi beberapa versi bagi cubaan dunia sebenar.

Dana bagi penyelidikan tersebut datang dari Makmal Penyelidikan Tentera AS, sebagai satu usaha samanya di antara industri dan rakan-rakan universiti. – AFP