Robson Kanu muncul wira Wales

Robson Kanu muncul wira Wales

BORDEAUX, Perancis, 12 Jun (dpa) – Jaringan lewat daripada pemain gantian, Hal Robson-Kanu memberikan kemenangan bersejarah Wales 2-1 ke atas Slovakia awal pagi tadi dalam persaingan Euro 2016.

Dalam persaingan bagi Eropah, bintang Wales, Gareth Bale membuka jaringan pada minit ke-10. Slovakia menyamakan kedudukan pada minit ke-61 menerusi pemain gantian, Ondrej Duda.

Tetapi ia adalah pemain simpanan Wales, Robson-Kanu yang memberikan pemenang perlawanan pada minit ke-81 dalam persaingan Kumpulan B.

Kejayaan itu penting bagi Wales, yang masih perlu menghadapi England dan Rusia dalam Kumpulan B.

Bale hampir tidak mempunyai peluang bagi memberikan Wales pendahuluan ketika pemain pertahanan Wales, Ben Davies perlu mengeluarkan jaringan daripada Marek Hamsik selepas hanya tiga minit.

Gareth Bale cuba merampas bola daripada pemain Slovakia. – AFP
Gareth Bale cuba merampas bola daripada pemain Slovakia. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

Bale mendapatkan peluangnya tujuh minit kemudian menerusi sepakan bebas daripada jarak 30 ela. Bintang Real Madrid itu membuat sepakan kaki kiri yang menyaksikan penjaga gol Matus Kozcik keliru dengan lompatan ke kiri sebelum menyaksikan bola menerjah jaring.

Bale menjaringkan tujuh dari 11 gol Wales dalam kelayakan dan pemenang Liga Juara-Juara itu mengekalkan keajaiban di Bordeux.

Wales menyaksikan rayuan bagi sepakan penalti pada minit ke-34 tidak dilayan ketika Martin Skrtel menyiku Jonny Williams. Tetapi pengadil hanya melambai untuk meneruskan permainan.

Wales bermula dengan baik pada separuh masa kedua dan Bale berpeluang menggandakan kelebihan pada minit ke-12 selepas perlawanan disambung semula tetapi Kozacik menghentikan tandukannya.

Selepas 60 minit pertama permainan yang membosankan menyelamatkan peluang awal Hamsik, Slovakia melakukan serangan mengejut pada minit ke-61.

Robert Mak meluru ke kanan dan memberikan hantaran kepada Duda, yang membuat beberapa langkah ke kiri sebelum melepaskan rembatan kaki kiri untuk menewaskan penjaga gol Wales, Danny Ward.

Wales hampir mendapatkan pendahuluan minit ke-73 tetapi tandukan daripada Aaron Ramsey melepasi palang.

Ramsey memberikan umpanan bagi kemenangan perlawanan lapan minit kemudian, meluru ke dalam pertahanan Slovakia dan memberikan hantaran kepada Robson-Kanu, yang tidak dapat melakukan rembatan dengan baik tetapi berjaya melepasi Kozacik.

Slovakia tidak menyerah kalah dan hampir mendapatkan satu lagi gol daripada pemain simpanan tetapi rembatan Adam Nemce hanya singgah di tiang gol kiri pada minit ke-86.

Kumpulan B

ARTIKEL YANG SAMA