Rodgers, Celtic sasar tiket Eropah

Rodgers, Celtic sasar tiket Eropah

GLASGOW, 16 Ogos – Celtic akan beraksi pada gelanggang yang tidak asing bagi mereka apabila berhadapan Hapoel Beer-Sheva untuk merebut tiket peringkat kumpulan Liga Juara-Juara pada pusingan pertama play-off di Parkhead, esok. Sejak dua musim lalu, Hoops berjaya ke pusingan play-off dan selangkah sahaja lagi daripada sampai ke peringkat kumpulan tetapi hanya menggigit jari apabila hadiah wang tunai 20 juta pound (AS$25.8 juta) itu terlepas.

Di bawah bekas pengurus Ronny Deila, juara Scotland itu tumbang pada halangan terakhir kepada Maribor dan Malmo dalam kekalahan yang membayangi tempohnya lebih dua tahun sebagai jurulatih kelab.

Kegagalan Celtic bukan sekadar kehilangan hadiah wang tunai yang lumayan, tetapi aksi Liga Juara-Juara sepatutnya menceriakan penyokong kelab – tawar hati dengan kekurangan sengat Rangers dalam saingan elit – melihat lebih jauh semasa ketiadaan Old Firm dan kegagalan Deila membawa pasukan beraksi di Parkhead.

Brendan Rodgers telah dibawa masuk sebagai pengganti berprofil tinggi Deila dan Lembaga Pengarah Celtic mengambilnya sebagai pengurus dengan gaji tertinggi dalam sejarah bola sepak Scotland untuk memintas Rangers dan menjulang gelaran Liga Perdana Scotland.

Rodgers cuba untuk membawa Celtic melepasi halangan play-off untuk mendapatkan tiket peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah. – AFP
Rodgers cuba untuk membawa Celtic melepasi halangan play-off untuk mendapatkan tiket peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah. – AFP

Beliau mewarisi pasukan yang memenangi gelaran liga lima kali berturut-turut tetapi jatuh selepas tewas mengejut kepada Rangers pada separuh akhir Piala Scottish dalam persembahan awal di bawah bekas pengurus Liverpool.

Kemasukan pertama ke dalam kelayakan Liga Juara-Juara menyaksikan Hoops turun kepada apa yang dikatakan sebagai pencapaian terburuk sehingga tewas kepada pasukan sambilan Gibraltar, Lincoln Red Imps 1-0.

Celtic pulih untuk menewaskan pasukan yang hanya ada lima pemain profesional sepenuh masa 3-0 di Glasgow, di samping seorang pegawai kastam, bomba, polis dan pemandu teksi sebelum mengatasi Astana untuk menempah aksi play-off dengan juara Israel.

Rodgers mungkin susah melalui enam aksi kompetitif dalam kerjaya Celtic tetapi beliau percaya pasukannya berada dalam keadaan baik ketika mereka berhasrat untuk menempah tempat di peringkat kumpulan buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun setelah terpikat dengan wawasannya untuk Kelab. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA