Rodgers dalam bahaya

Rodgers dalam bahaya

LONDON, 14 Sept (Agensi) – Pengendali Liverpool, Brendan Rodgers sedar betapa cepat rasa optimis boleh menghilang selepas melihat permulaan meyakinkan Liverpool pada kempen baharu Liga Perdana Inggeris tersekat di Old Trafford.

Tiga aksi tanpa bolos diikuti dua kekalahan membabitkan tiga gol berturut-turut ke atas West Ham dan terbaharu, Manchester United mengheret Rodgers kembali ke zaman gelap Liverpool seperti Mei tahun lalu di mana kedudukannya di Anfield, terancam.

Liverpool selepas ini akan berkunjung ke Perancis bagi bertemu Bordeaux pada aksi Liga Europa sebelum menyambung kempen EPL bertemu Norwich dan Aston Villa.

Ia diikuti pertembungan tetangga Merseyside pertama musim ini di Goodison Park dan Rodgers sedar, tiada lagi persembahan kurang meyakinkan boleh dijana skuad bimbingannya ketika tekanan ke atasnya kian bertambah.

“Lima perlawanan dan kami langsung tidak berada di tahap seperti yang saya mahukan,” kata Rodgers.

Kedudukan Rodgers di Liverpool dalam bahaya selepas mengharungi dua kekalahan berturut-turut. - AFP
Kedudukan Rodgers di Liverpool dalam bahaya selepas mengharungi dua kekalahan berturut-turut. – AFP

The Reds menyenaraikan enam pemain yang baharu dibeli pada jendela perpindahan musim panas lalu di Old Trafford namun kesemuanya kurang kreativiti dan paling teruk sekali, tiada kesungguhan.

Penyerang, Christian Benteke menjadi watak terasing ketika menjaringkan gol menarik namun Roberto Firmino dan Danny Ings tidak memainkan peranan yang diharapkan di bahagian tengah.

Bahagian pertahanan turut mengecewakan buat Rodgers apabila pemain muda, Young Gomez terperangkap dengan sepakan percuma Juan Mata yang membawa kepada gol Daley Blind selain kesilapan naif Ander Herrera yang membawa kepada penalti.

“Ini adalah perlawanan terbesar di negara ini dan mungkin di dunia. Ia adalah perlawanan yang menakjubkan. Berada di sini dan menang 3-0 kami akan merasa hebat, dan tewas 3-1 kamu tidak akan merasa begitu bagus.

“Sukar untuk peminat-peminat dan semua orang yang berkaitan dengan kelab ini,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA