Rodgers enggan riak

Rodgers enggan riak

GLASGOW, 18 Ogos – Pengurus Celtic Brendan Rodgers enggan riak selepas pasukannya mengorak langkah besar untuk melayakkan diri ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara dengan kemenangan 5-2 ke atas Hapoel Beer-Shevaon di Parkhead, kelmarin.

Juara Scotland itu sedang mencari peluang untuk menempah tempat pada peringkat kumpulan pertandingan lumayan elit Eropah buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun.

Rodgers, yang berjaya memasuki kelayakan Liga Juara-Juara musim ini dan menyaksikan Hoops tewas pusingan pertama 1-0 kepada pasukan sambilan Gibraltar Lincoln Red Imps berkata, masih banyak tugas yang perlu dilakukan.

“Kami tidak terbawa-bawa. Masih ada tugasan besar yang perlu dilakukan di luar sana.

“Tetapi saya fikir malam ini kami menunjukkan apabila ruang dikurangkan kami boleh menjaringkan gol,” kata bekas pengurus Liverpool itu.

“Jika mereka perlu menyerang jadi tidak akan ada banyak ruang untuk kami bermain dalam permainan serangan balas.

“Ia adalah kelebihan tiga gol tetapi bagi kami ia adalah 0-0 dan kami perlu menyempurnakan tugas minggu depan.”

Rodgers menyaksikan pasukannya membuat permulaan impian selepas ledakan pemain antarabangsa Australia Tom Rogic dan dua gol Leigh Griffiths untuk memberikan mereka pendahuluan 3-0 pada babak pertama.

Bagaimanapun, gol daripada Lucio Maranhao dan kapten Hapoel Maor Melikson telah mengubah landskap perlawanan.

Dengan Celtic mendahului 3-2, Rodgers membuat penggantian tiga kali dan congakan beliau berhasil apabila Moussa Dembele muncul wira pada perlawanan pusingan terakhir apabila tendangan penalti berkenaan memastikan kemenangan selepas beliau menanduk gol tiga minit selepas masuk sebelum kapten Scott Brown memulihkan tiga gol pendahuluan Celtic. – AFP