Rodgers enggan ulas mengenai Gerrard

Rodgers enggan ulas mengenai Gerrard

LONDON, 17 Nov – Pengurus Celtic, Brendan Rodgers enggan mengulas mengenai cadangan-cadangan mengatakan Steven Gerrard kini dalam perjalanan untuk menyertai pasukan gergasi Glasgow itu.

Bekas kapten England Gerrard adalah kapten pasukan Rodgers ketika dia mengendali pasukan Liverpool.

Pemain midfield berusia 36 tahun itu berpindah dari Anfield untuk menyertai Los Angeles Galaxy namun beberapa hari lepas dia diumumkan akan meninggalkan skuad Major League Soccer tersebut.

Gerrard, yang menyatakan dia belum bercadang untuk menggantungkan but, dengan segera dikaitkan dengan pemindahan ke Parkhead.

“Saya tidak pernah membuat spekulasi atau bercakap mengenai pemain-pemain yang akan datang ke kelab ini. Saya tidak pernah membuatnya dan tidak bercadang untuk memulakannya – dan ia akan kekal rahsia.

Gambar fail – Steven Gerrard ketika bermain buat pasukan LA Galaxy. – AFP
Gambar fail – Steven Gerrard ketika bermain buat pasukan LA Galaxy. – AFP

“Satu-satunya yang boleh mengatakan mengenai Steven adalah dia seorang pemain yang luar biasa. Saya telah bekerjasama bersamanya dalam tempoh yang lama di Liverpool dan dia begitu luar biasa buat saya.”

Warga Utara Ireland itu menambah: “Sebagai seorang pengurus muda untuk mengendalikan kelab hebat itu, memiliki kapten itu yang juga seorang pemain begitu senior di sana dan boleh bekerjasama bersamanya dan mempelajari mengenai kelab itu dan bekerjasama di padang adalah sesuatu yang hebat.

“Dia membuat keputusan untuk pergi ke Amerika dan saya percaya dia akan melakukan yang terbaik di sana. Steven akan kembali dan membuat keputusan apa yang hendak dia lakukan.

“Dalam terma spekulasi, Saya tidak tahu dari mana datangnya. Namun para pemain yang akan datang kelab kekal dirahsiakan.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA