Rodgers kekal di Liverpool

Rodgers kekal di Liverpool

LONDON, 3 Jun (AFP) – Brendan Rodgers akan diberikan satu lagi peluang untuk memberikan kemenangan liga pertama Liverpool dalam lebih suku abad selepas dia mengadakan perbincangan bersama pemilik kelab itu dari AS semalam, Press Association dan BBC melaporkan.

Jurulatih itu, 42, dari Ireland Utara, gagal untuk memberikan sebarang kejayaan musim ini selepas hampir memenangi Liga Perdana dalam kempen sebelumnya bertemu dengan pengerusi Tom Werner dan presiden Fenway Sport Group, Mike Gordon.

Tekanan terus meningkat ke atas Rodgers selepas tidak berada dalam Liga Juara–Juara bagi musim seterusnya dan tewas 6-1 kepada Stoke dalam perlawanan terakhir mereka dalam kempen baru–baru ini terutamanya selepas membelanjakan 110 juta paun ($168 juta) pada musim penutup tahun lepas.

Bagaimana pun, Rodgers dan Werner bersetuju bagi “pelan menyeluruh” yang bertujuan bagi memastikan peningkatan dalam persembahan musim depan pada pertemuan semalam dan “kumpulan itu akan bergerak bersama–sama”.

Saya akan terus kekal di kelab Liverpool - Rodgers. – AFP
Saya akan terus kekal di kelab Liverpool – Rodgers. – AFP

Pengambilan pertama bagi musim depan dapat disahkan minggu ini ketika pemain midfield England, James Milner dan pemain penyerang Danny Ings dikaitkan dengan perpindahan di sana masing–masing dari Manchester City dan Burnley.

Milner tidak akan memberikan sebarang kos memandangkan dia sudah bebas ejen pada akhir bulan lalu sementara Ings juga bebas ejen tetapi memandangkan dia berusia 22 tahun, Burnley layak menerima sebahagian pembayaran.

ARTIKEL YANG SAMA