Rodgers perlu guna Milner – Alridge

Rodgers perlu guna Milner – Alridge

LIVERPOOL, 9 Sept – Bekas pemain bintang Liverpool, John Alridge percaya pemain tengah The Reds, James Milner sepatutnya digunakan di bahagian sayap untuk memaksimumkan potensi penyerang Christian Benteke.

Bercakap kepada Liverpool Echo, Alridge menerangkan, pendekatan yang perlu diambil bekas kelabnya untuk perlawanan menentang Manchester United.

The Reds akan berkunjung ke Old Trafford selepas rehat perlawanan antarabangsa dengan keyakinan rendah selepas kekalahan memalukan 0-3 kepada West Ham di tempat sendiri, sekali gus merosakkan permulaan baik musim ini.

Rekod tanpa kalah Manchester United turut lebur apabila pasukan Louis van Gaal juga tewas 1-2 kepada Swansea. Ini bermakna kedua-dua pasukan perlu menang untuk membetulkan keadaan.

Alridge percaya Liverpool harus menggunakan keputusan seri 0-0 dengan Arsenal baru-baru ini sebagai contoh kejayaan dalam perlawanan akan datang.

James Milner (kanan) yang mewakili negaranya England dihalang ketika percubaan membolosi pintu gawang Switzerland pada perlawanan persahabatan antarabangsa bagi kumpulan E kelayakan Euro 2016 di Stadium Wembley di barat London pada 8 September 2015. – AFP
James Milner (kanan) yang mewakili negaranya England dihalang ketika percubaan membolosi pintu gawang Switzerland pada perlawanan persahabatan antarabangsa bagi kumpulan E kelayakan Euro 2016 di Stadium Wembley di barat London pada 8 September 2015. – AFP

“Kekalahan dengan West Ham masih kekal dalam ingatan tetapi jika Liverpool boleh melakar kemenangan di Old Trafford, ia akan dilupakan serta-merta,” ujarnya.

“Saya berminat untuk melihat pendekatan Brendan Rodgers dalam perlawanan tersebut. Liverpool harus menunjukkan prestasi seperti perlawanan menentang Arsenal dan bermain secara padat di tengah serta menunggu untuk serangan balas,” tambah Alridge lagi.

Bekas bintang tersebut juga percaya jika Rodgers memindahkan James Milner ke bahagian tengah, taktik tersebut boleh mengejutkan United.

“Saya tahu Milner beraksi dengan baik di bahagian tengah setakat ini, dan antara pemain yang menyinar tetapi untuk perlawanan ini lebih baik dia diletakkan di bahagian tepi.

“Liverpool harus bermain di bahagian sayap lebih kerap dan membuat hantaran kepada Benteke, selain menghantar pemain di kawasan penalti untuk membantunya,” katanya. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA