Rodgers puji Benteke

Rodgers puji Benteke

SWINDON, United Kingdom, 3 Ogos (AFP) – Pengurus Liverpool Brendan Rodgers memuji pemain baru Christian Benteke selepas jaringan cantiknya menetapkan gergasi Liga Perdana itu dalam laluan untuk mencatatkan kejayaan di Swindon Town dalam aksi persahabatan pra musim terakhir mereka semalam.

Pemain antarabangsa Belgium itu bernilai 32.5 juta pound, AS$50.7 juta) tiba dari kedudukan pasukan kelompok atas Aston Villa bulan lalu, menjaringkan gol dari jarak 20 ela selepas separuh masa pertama ketika Liverpool mencatatkan kemenangan 2-1 di County Ground.

“Jaringan Christian luar biasa, sama ada ia perlawanan persahabatan pra musim atau dalam liga atau piala. Ia adalah teknik yang menarik daripada pemain yang besar,” jelas Rodgers.

“Pemain lain mula menguatkan penguasaan beberapa minit; (Roberto) Firmino, Emre Can dan pemain yang kembali sedikit lewat. Ia amat menggembirakan.

“Ia menamatkan persediaan pra musim kami. Sejumlah pemain memerlukan perlawanan hari ini dan latihan yang bagus.”

Christian Benteke (kiri) disaingi pemain Swindon, Nathan Thompson dalam aksi persahabatan di Swindon Town semalam. – Reuters
Christian Benteke (kiri) disaingi pemain Swindon, Nathan Thompson dalam aksi persahabatan di Swindon Town semalam. – Reuters

Swindon yang terlepas promosi Kejuaraan musim lalu selepas tewas 4-0 kepada Preston North End dalam perlawanan play-off League One, menyaingi pasukan Liverpool pada separuh masa pertama sebelum Liverpool berada di depan tiga minit selepas rehat.

Selepas persembahan menarik, Benteke mengawal bola dengan dadanya sebelum meledakkan voli yang tidak dapat dihalang oleh penjaga gol Swindon, Lawrence Vigouroux.

Swindon memberikan respons dan mengejutkan Liverpool hanya selepas sejam perlawanan. Bekas penyerang Tottenham, John Obika mendapatkan hantaran dari sudut kanan kotak penalti sebelum meluru ke dalam dan menyudahkan sepakan untuk menewaskan penjaga gol pasukan pelawat, Adam Bogdan.

Pasukan League One dilihat cuba bertahan untuk seri tetapi Liverpool, yang baru kembali dari jelajah pra musim Far East dan Australia, menjaringkan gol tiga minit sebelum tamat melalui pemain sayap Inggeris, Sheyi Ojo, 18, selepas digantikan oleh Kolo Toure.

ARTIKEL YANG SAMA