Rodgers puji Sinclair

Rodgers puji Sinclair

GLASGOW, 8 Ogos – Pengurus pasukan Celtic, Brendan Rodgers memberikan pujian ke atas pemain yang baru ditandatangani, Scott Sinclair ketika pemain sayap itu diturunkan dari bangku simpanan untuk menjaringkan gol kemenangan lewat 2-1 dalam persaingan Premiership Scotland ke atas Heart semalam.

Pemain itu, 27, yang baru melengkapkan perpindahannya yang bernilai 4.5 juta paun dari Aston Villa lewat Sabtu lalu, menggantikan Stuart Armstrong ketika perlawanan memasuki satu jam. Tetapi lariannya untuk mendapatkan hantaran lintang dari Leigh Griffith bagi menyudahkan jaringan kemenangan minit ke-81 memastikan Celtic menghasilan permulaan kemenangan dalam mempertahankan gelaran mereka.

Rodgers, sebelumnya bekerjasama dengan Sinclair di Chelsea sebelum menadatanganinya dari Swansea, gembira menyaksikan bekas pemain bawah 21 tahun antarabangsa England itu memulakan kerjayanya di Hoops bermula dengan tinggi.

‘Dia seorang pemain yang hebat. Jaringan tersebut menggambarkannya ketika dia menunjukkan keinginannya bagi menjaringkan gol,’ kata Rodgers, yang juga membuat kemunculan dalam liga Scotland.

Sinclair, sebahagian dari pasukan Aston Villa yang disingkirkan ke Kejuaraan musim lalu berikutan perpindahannya dari Manchester City di mana dia hanya membuat 13 kemunculan dalam tempoh tiga tahun, telah menandatangani persetujuan empat tahun bersama pasukan gergasi Glasgow.

Celtic, yang mengungguli kedudukan bersama Dundee, Motherwell dan Partick Thistle, sekarang mendapatkan perlawanan dalam Piala Liga bertemu Motherwell pada Rabu, perlawanan persahabatan menentang Inter Milan di Ireland pada Sabtu depan, disusuli dengan perlawanan pertama pusingan playoff Liga Juara–juara mereka menentang Hapoel Beer Sheva dari Israel pada Rabu seterusnya.

Pesaing Rangers, memerlukan jaringan dari Martyn Waghorn pada pertengahan separuh masa kedua bagi menyelamatkan satu mata ketika mereka hanya mampu seri 1-1 menentang Hamilton dalam aksi kembali mereka ke kelompok teratas di Ibrox pada Sabtu lalu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA