Rodgers senaraikan Toure hadapi FC Astana

Rodgers senaraikan Toure hadapi FC Astana

GALSGOW, 3 Ogos – Pengurus pasukan Celtic Brendan Rodgers menegaskan dia tidak akan mengambil risiko jika menurunkan pemain pertahanan Ivory, Kolo Toure pada persaingan Liga Juara-Juara menentang FC Astana, hari ini.

Rodgers yang bekerjasama dengan Toure di Liverpool dan kembali bersama pemain berusia 35 tahun itu minggu lalu apabila juara Scotland itu menandatanganinya dengan pertukaran percuma.

Bekas pertahanan Arsenal dan Manchester City itu tidak akan beraksi dalam perlawanan pertama persaingan pusingan ketiga Liga Juara-Juara menentang Astana dan tidak beraksi dalam kekalahan Piala Juara-Juara Antarabangsa kepada Barcelona Sabtu lalu kerana masih melakukan ujian kecergasan.

Tetapi Rodgers yang dibelenggu dengan kecederaan tiga pemain pertahanan, dipaksa untuk menurunkan kemunculan Eropah kepada Eoghan O’Connell, 20, di samping Efe Amborse di Astana Arena.

Dia masih mempunyai pilihan terhad di bahagian pertahanan bagi perlawanan di Parkhead selepas perlawanan pertama berakhir dengan keputusan seri 1-1, dan memberikan bayangan dia akan melihat kepada Toure biarpun kurang beraksi.

Kolo Toure senjata baru Celtic untuk pertemuan Liga Juara-Juara menentang Astana. – AFP
Kolo Toure senjata baru Celtic untuk pertemuan Liga Juara-Juara menentang Astana. – AFP

“Kolo akan berada dalam skuad itu. Dia berlatih dengan baik sejak dia hadir,” kata Rodgers semalam.

“Kami meninggalkannya pada hujung minggu lalu untuk meneruskannya dan saya yakin dia boleh beraksi dalam perlawanan esok.

“Saya merasakan dia boleh beraksi dan sudah bersedia. Saya tidak ada masalah untuk menurunkannya.

“Saya tidak akan memikirkan ia satu pertaruhan. Kami hanya menilai kecergasan pada ketika ini.

“Dia seorang pemain yang berpengalaman. Kolo sudah memiliki impak dalam jangka tempoh yang singkat berada di sini tetapi anda selalu perlu mencuba untuk memberikan sedikit keadaan kepadanya.

“Dia dalam pembangunan bagi jangka masa yang pendek (dan) ia adalah perlawanan besar kami.

Tetapi saya tidak ragu bahawa pengalamannya dalam perlawanan amat diperlukan, jika saya rasa dia tidak bersedia untuk bermula.” – AFP