Rodgers tidak bimbang dipecat

Rodgers tidak bimbang dipecat

Liverpool v Blackburn Rovers - FA Cup Quarter FinalLONDON, 25 Sept (AFP) – Pengurus Liverpool yang kini menghadapi tekanan, Brendan Rodgers (kiri) berkata, kebimbangan akan hilang jawatan menjadi pendorong buat dirinya untuk mempersiapkan pasukan bagi menyambut kunjungan Aston Villa, esok.

Skuad The Reds kini tanpa kemenangan selepas empat aksi Liga Perdana dan pada pertengahan minggu ini terpaksa memerlukan penalti penentuan untuk mengalahkan pasukan dari liga keempat, Carlisle United pada saingan Piala Liga.

Rodgers menyedari jawatan disandangnya kini diancam bahaya, namun dia berkata tidak bimbang akan dipecat dari Anfield dan bakal digantikan Carlo Ancelotti atau Jurgen Klopp.

“Saya memang tidak pernah berasa cukup selesa seperti sebelumnya” kata Rodgers apabila ditanya mengenai kedudukannya sebagai pengurus kini dalam bahaya. “Itu yang mendorong saya – kebimbangan, kerisauan positif. Tapi ia tidak menakutkan saya.

“Saya ada kepercayaan dengan apa saya lakukan, namun saya tidak akan lari daripada fakta sebenar untuk mendapat keputusan dan cuba menampilkan persembahan terbaik, terus kekal dan bekerja.

“Saya tidak fikir mengenainya (tekanan) akan hilang kecuali dengan kemenangan, namun saya tahu kami mencipta harapan berikutan cara bagaimana kami bekerja. Bagaimana saya mendepaninya? Sangat mudah.

“Saya harap dapat terus menjadi pengurus pasukan untuk 20 tahun lagi dan saya jangka tempoh 20 tahun itu bukanlah terus bersama Liverpool. Namun sepanjang berada di sini, saya akan berjuang untuk pemain dan kelab.”