Rodrigo Duterte mendahului pilihan raya Filipina

Rodrigo Duterte mendahului pilihan raya Filipina

MANILA, 6 Mei (AFP) – Calon yang disukai dalam pilihan raya presiden Filipina Rodrigo Duterte menolak kontroversi berhubung apa yang dikatakan kekayaan rahsia dan jenaka rogol, untuk mengekalkan pendahuluan besar menuju hari-hari terakhir kempen pilihan raya, menurut penduga undi hari ini.

Duterte berdepan banyak bidasan di saat-saat akhir sebelum pilihan raya Isnin lalu berhubung dakwaan dia telah menyembunyikan berjuta-juta dolar dalam akaun bank yang tidak didedahkan, sementara pengkritiknya berulang kali memberi amaran dia bakal menjadi diktator.

Duterte, 71 tahun, yang mengaku sendiri bahawa dirinya adalah lelaki penzina, juga mengundang keberangan bulan lalu apabila dia berseloroh pada satu perhimpunan kempen bahawa dia mahu merogol mubaligh Australia yang ‘cantik’ yang diserang secara seksual dan dibunuh dalam rusuhan di penjara Filipina pada 1989.

Gambar fail bertarikh 27 April 2016, reaksi Rodrigo Duterte (tengah kiri, memakai baju hitam) semasa konvoi kempennya berhampiran sebuah kawasan pelabuhan di Manila. – AFP
Gambar fail bertarikh 27 April 2016, reaksi Rodrigo Duterte (tengah kiri, memakai baju hitam) semasa konvoi kempennya berhampiran sebuah kawasan pelabuhan di Manila. – AFP

Begitu juga dengan kontroversi lain yang termasuklah menggelarkan pope ‘anak lelaki perempuan pelacur’ – yang tidak satu pun memberi impak kepada popularitinya, menurut tinjauan Social Weather Stations pada hari ini.

Duterte mengutip 11 peratus mata pendahuluan ke atas saingan terdekatnya, Senator Grace Poe, menurut Social Weather Stations, sama dengan tinjauan baru-baru yang dilakukan sebelum tuduhan bahawa dia mengumpul kekayaan rahsia. Duterte menafikan tuduhan itu.

ARTIKEL YANG SAMA