Rodriguez bersara hujung tahun ini

Rodriguez bersara hujung tahun ini

ANDORRA LA VELLA, Andorra, 12 Julai – Penunggang veteran Sepanyol, Joaquim Rodriguez mengumumkan semalam bahawa beliau akan bersara dari berbasikal pada akhir tahun.

Penunggang yang berusia 37 tahun itu menempah nama untuk diri-nya sendiri sebagai pendaki dan pakar ‘puncher’ sehari.

“Saya mahu berhenti ketika saya masih di tahap yang tinggi,” kata pelumba yang juga dikenali sebagai ‘Purito’ itu.

Pelumba Katusha kini menganggotai tangga kelima secara keseluruhan pada temasya Jelajah de France.

Beliau juga dua kali berada di Kejohanan Dunia dan lapan kali memperoleh empat tempat teratas di Grand Tour – tetapi tidak pernah memenangi dalam mana-mana kategori.

Kejayaannya yang nyata apabila beliau berada di tempat kedua pada 2012 Giro d’Italia, dunia 2013 dan Vuelta a Espana 2015. Penampilan terbaiknya adalah ketika Jelajah de France iaitu berada di tempat ketiga pada tahun 2013. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA