Rodriguez sempurnakan malam Real, Zidane

Rodriguez sempurnakan malam Real, Zidane

MADRID, 5 Jan – Zinedine Zidane telah meraikan tempoh setahunnya mengendalikan Real Madrid apabila James Rodriguez menjaringkan dua gol, langkah kanan bagi juara Eropah itu ke suku akhir Copa del Rey dengan kemenangan 3-0 ke atas Sevilla dalam pusingan pertama 16 pasukan terakhir.

Meskipun dengan ketiadaan Cristiano Ronaldo yang direhatkan dapat menghentikan 38 perlawanan berturut-turut Real apabila Rodriguez memanfaatkan sepenuhnya peluangnya dalam kesebelasan utama dengan gol pembukaan dari luar petak hanya selepas 10 minit.

Raphael Varane menanduk masuk gol kedua dan Rodriguez menambah gol ketiga Real melalui sepakan penalti.

“45 minit pertama hampir sempurna dari segi fizikal dan teknikal,” kata Zidane.

Margin kemenangan Real itu akan memberikan keselesaan kepada Zidane dengan perlawanan kedua berlangsung minggu depan, di tengah-tengah jadual perlawanan yang padat dan menyaksikan Real mungkin bermain sebanyak 21 kali dalam tempoh 11 minggu.

James Rodriguez meraikan jaringannya dalam aksi Copa del Rey antara Real Madrid dan Sevilla di Santiago Bernabeu kelmarin. - AFP
James Rodriguez meraikan jaringannya dalam aksi Copa del Rey antara Real Madrid dan Sevilla di Santiago Bernabeu kelmarin. – AFP

Madrid telah memulakan perlawanan kedua berturut-turut di laman sendiri tanpa tiga orang pemain utamanya di bahagian serangan dengan Karim Benzema berada di bangku simpanan, Ronaldo direhatkan dan Gareth Bale masih diketepikan disebabkan kecederaan buku lali.

Meskipun selepas menikmati rehat selama 17 hari sejak kemenangan Piala Dunia Kelab menentang juara Jepun, Kashima Antlers, Real bermula dengan baik.

“Kami mempunyai skuad yang hebat dan para pemain gembira menyaksikan rakan sepasukan mereka yang lain mendapat peluang untuk bermain,” tambah Zidane.

“Kami masih mempunyai beberapa orang pemain yang cedera. Itu sesuatu yang kami tidak dapat ubah, tetapi jurulatih tetap rasa gembira apabila pemain lain bermain dengan baik.” – AFP