Rodriguez terlepas aksi lawan Paraguay

Rodriguez terlepas aksi lawan Paraguay

PASADENA, Amerika Syarikat, 7 Jun – Bintang skuad Colombia, James Rodriguez akan terlepas aksi Copa America menentang Paraguay, esok (10:30 pagi hari ini) apabila penyerang kelab gergasi Real Madrid itu mengalami kecederaan di bahu kirinya ketika Colombia mencatat kemenangan 2-0 ke atas Amerika Syarikat (AS) pada aksi pembukaan.

Ketiadaan Rodriguez yang juga kapten pasukan disahkan jurulatih Colombia, Jose Pekerman sehari sebelum pertembungan dengan Paraguay berlangsung.

Begitupun, dia menambah pemain itu masih berpeluang beraksi namun hanya ditentukan ketika perlawanan nanti.

“James sudah semakin baik, namun seperti kita semua tahu, dia masih mengalami sedikit kesakitan,” kata Pekerman. “Kami mempunyai masa 24 jam sebelum perlawanan untuk membuat keputusan.

James Rodriguez ketika beraksi buat Colombia apabila menentang Amerika Syarikat pada perlawanan pertama. – AFP
James Rodriguez ketika beraksi buat Colombia apabila menentang Amerika Syarikat pada perlawanan pertama.
– AFP

pg22_160608_CopaAmericaLogo

“Kami tidak mahu terburu-buru, ia tidak akan menjadi jawapan yang baik. Kami mahu memberinya sedikit masa lagi.”

Paraguay sebelum ini sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan bertemu Costa Rica pada perlawanan pembukaan.

Pada aksi menentang AS, Rodriguez menjaringkan gol kedua pasukannya menerusi penalti pada babak kedua. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA